Monday, June 15, 2009

saya bukanlah budak yang baik..

iya aku tahu aku bukan lar budak yang baik seperti yang kamu sangka..
aku masih lagi kekurangan dan jahil lagi soal agama..
tapi aku mahu melengkapi hidup aku dengan semua itu..
mahu!!..

tapi senaif2 aku pun aku tidak penah memperlekehkan semua itu..bukan apa aku cuma geram
bila sesetengah "hamba allah" memperlekehkan perempuan yang bertudung..aku mengaku aku pun bukan lar perempuan yang bertidung litup..tapi sekurang-kurangnya aku hormat mereka..

ini antara situasi2 yang penah aku dengar..

situasi 1:
"weh ktorg tak main lar nak berkawan dengan perempuan bertudung ni..not our taste lar..bg ktorang perempuan yang bertudung ini ketinggalan zaman!!!."

pehh memang bengap kan?? nak je aku jawab..."sekurang-kurangnya mereka tutup aurat juga..dari korang aku rasa korang yang ketinggalan zaman ditambah dengan kejahilan.."

isk kesian aku tengok perempuan ini.nasib aku tidak berapa kenal kamu..

situasi 2:
"aku tak paham kenapa perempuan skarang muda2 sudah nak pakai tudung..tak enjoy..

ini memang tahap bangang..adik aku kat sekolah pun tahu pasal aurat..cuma kakak dia je ni tak paham2 lagi..hihi..moga2!

ini lagi larr sudah larr jahil tentang agama tapi jangan lagi tunjuk kejahilan anda..

situasi 3:
"weh aku dapat awek..tak bertudung..
ohh bagus2..

ini aku tak tahu nak kata apa..bangga gila..yang paling aku tak puas hati kenapa si manusia yang menjawab itu suka sangat si bertanya itu dapat awek yang tidak bertudung..?weh ko sedar tak dulu ko pernah je bertudung..tapi bila sampai satu tahap aku tengok ko sudah tidak bertudung..
macam mana ini??jangan lar pandang rendah dekat mereka yang bertudung..sekurang2nya mereka sudah melaksana satu perintah ALLAH..

kadang2 itu aku kesian pandangan orang ramai terhadap perempuan bertudung ini..iya aku paham orang kata perempuan bertudung lebih teruk dari mereka yang tidak bertudung..kadang2 itu ada sahaja perempuan yang pakai tudung labuh tapi jalan berpimpin tangan.ada sahaja yang mengandung anak luar nikah..ada sahaja yang masih pakai ala2 tidak cukup kain sedangkan betudung litup..ada sahaja yang masih bertindik hidung semua..

tetapi bukan semua perempuan bertudung itu begitu..bukan semua..bagi aku antara perempuan yang bertudung dengan tidak bertudung itu sama sahaja perangai dia..kalau perangai kau tu sudah macam syaitan,syaitan juga la engkau..bagi aku itu semua terletak atas diri sendiri..

mak selalu pesan dekat aku..."buat masa sekarang mama tak kisah ija nak macammana...ija sudah besar sudah pandai menilai yang baik dan buruk..tapi selalu jaga nama baik keluarga..maruah keluarga..sembahyang jangan lupa..itu je mama nak..cuma suatu hari mama berdoa ija berubah biar dengan keikhlasan"..

sekarang aku cuba berdayung-dayung dengan hijab..alhamdulilah sedikit demi sedikit aku akan berubah sepenuhnya..siapa yang tidak mahu berubah kan..?tapi kadang2 aku rasa rapuh mahu kembali ke asal..mungkin faktor persekitaran kot..haizz..

tapi satu hari yang baik itu pasti datang kan.

insyallah..

doa2kan sahaja ye..