Tuesday, September 7, 2010

ucapan sempena raya.

Ramadhan kian melabuhkan tirainya bermakna syawal bakal menjelma.Tinggal beberapa hari.Alhamdulilah aku masih bernafas di bumi ini dan memenuhi tuntuan rukun islam yang ketiga.syukur!.Puasa tahun ini masih sama tidak banyak beza.masih berbuka berjauhan dengan keluarga.sayu juga sebab tengok kawan-kawan yang lain dapat buka puasa dengan keluarga masing2.Tapi tak apa just take it.

Tapi Alhamdulilah juga dalam keadaan macam ini pun masih dapat berbuka dan beribadat dengan sempurna dibandingkan mereka yang berada didalam kesusahan.syukur Allah masih mahu memberi kesenangan dalam kehidupan.

syukur..

dan janganlah lupa berdoa kepada mereka yang sedang berada dalam kesusahan.terutama dipakistan.kalau tak mampu sedekah wang atau tenaga atleast kita sedekahkan doa.kesian mereka nak berbuka pun payah.apalagi nak beraya.jangan putus doa kalian..

apa-apa pun semoga Allah terus memberkati kehidupan seharian kita.dan semoga syawal kalian memberi 1001 kebahagian, ketenangan dan kesejahteraan.

selamat hari raya.mohon maaf atas segala salah silap, terkasar bahasa, terlaser ke,terbom ke,terapa2 je lah..saya insan kerdil yang selalu buat silap.mohon berjuta kemaafan.

selamat hari raya..
maaf zahir & batin.

love,
mimi shareeza
melbourne
=p