Wednesday, August 11, 2010

saya..

saya mengaku saya bukan seorang sahabat yang akan sentiasa meng'update' kan diri dengan kamu setiap bulan sebagai lambang persahabatan kita..

saya bukan orangnya.

saya minta maaf saya juga bukanlah seorang sahabat yang dapat memenuhi keperluan setiap orang.tapi saya bukan seorang yang mudah berkata tidak bila kamu mahukan pertolongan..

bila kamu mahu..
saya sentiasa menyediakan bahu untuk kamu bersandar,
menjadi tisu kamu,
walaupun ketika itu saya juga berada dalam duka yang amat berat..

jangan selalu label saya sombong atau lupakan kamu sebab tak dapat memenuhi keperluan kamu..kamu buat saya serba salah yang teramat..
saya tak akan sesekali lupakan kamu...
sesekali tidak akan sombong..
kamu kawan saya,saya kawan kamu dan kita tetap kawan.

tegurlah saya bila saya terleka,ingatkan saya bila saya terlupa yang kita pernah berkawan..percayalah saya tetap membalas senyuman bukannya membuat tidak tahu atau lupa..

sekali kamu beri kepada saya,sampai bila-bila saya tidak akan buang pemberian yang berharga ini..sebuah persahabatan..

orang kata "berkawan biar seribu, bercinta biar satu".
selagi saya tidak jumpa yang SATU ini..insyAllah saya tidak akan berhenti mencari yang SERIBU itu..




apa yang penting..
kita jangan lupa satu sama lain...

*senyum*