Thursday, March 26, 2009

please turn off the light for an hour, this coming 28th



KUALA LUMPUR 16 Feb. — Dalam usaha simbolik untuk menangani pemanasan global, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menggesa rakyat Malaysia untuk memadamkan lampu yang tidak diperlukan selama sejam bermula 8.30 malam pada 28 mac.
Tindakan itu selaras dengan langkah pergerakan antarabangsa ’Earth Hour’, kata pengarah eksekutif WWF Malaysia Datuk Dr Dionysius S. K. Sharma.

Katanya beberapa bangunan mercu tanda di negara ini seperti Menara Kuala Lumpur, Angkasapuri, Sunway Pyramid dan Mid Valley Megamall akan bersama-sama dengan bangunan mercu tanda di 74 negara lain dalam menjayakan pergerakan ’Earth Hour’ itu.

“Tindakan memadamkan lampu yang tidak diperlukan merupakan langkah mudah yang boleh dilakukan setiap orang, yang dapat memberikan impak positif besar terhadap perubahan iklim,” katanya pada pelancaran “Earth Hour’ peringkat Malaysia di sini hari ini.

“Objektif kami ialah mempamerkan kesepakatan dan menyediakan mandat global yang akan memberikan impak pada mesyuarat pemimpin dunia pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Copenhagen tahun ini,” katanya.

Duta Earth Hour Malaysia Yasmin Ahmad berkata pihaknya berharap untuk menghubungi lebih banyak syarikat korporat dan agensi kerjaan termasuk Kompleks Kerajaan Putrajaya dan bangunan Sultan Abdul Samad untuk turut serta dalam pergerakan itu.

Pergerakan ’Earth Hour’ telah mencatatkan kejayaan pada 2007 di Sydney, Australia di mana 2.2 juta rumah dan premis perniagaan memadamkan lampu mereka selama sejam.

Untuk maklumat lanjut dan mengikrarkan sokongan bagi Earth Hour 2009,sila layari laman web www.earthhour.org/malaysia.
@
i-city earth hour fiesta 2009

(petikan dari sumber-sumber yang dipercayai)

---------------------------------------------------------------------------------------

marilah sama-sama kita memberi sokongan 28 mac ni..make sure korang tutup semua lampu dan alat2 elektrik yang lain...selamatkan bumi kita dari "global warming" yang semakin teruk..sejam sahaja diperlukan menyelamatkan bumi kita..

kalau bosan sangat korang tidur selama sejam tu..tak pun korang buat lar pape yang patut..dating pun best..gelap2 tu..pehh masyuk tu....tak sabar lak aku nak tunggu 28 ni..nak tengok apa yang jadi bila semua gelap..


ehh kejap AF mesti diberhentikan seketika kan??haha..padan muka bukan best pun...

okie kepada kamu..kamu..dan kamu jangan lupa ye 28 mac 2009 ni...